Sunday 8 January 2012

Pengawal Peribadi DS Wan Azizah disuntik jarum beracun?





Fayyadh Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek, 25 tahun yang merupakan seorang pengawal peribadi kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah hari ini sekali lagi telah dikejarkan ke Hospital.

Sebelum ini Fayyadh telah mengalami kecederaan serius dimukanya apabila menjadikan dirinya sebagai perisai bagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tembakan gas pemedih mata pihak FRU yang cuba untuk meleraikan peserta demonstrasi BERSIH 2.0 sila baca di SINI

Kali ini kerana beliau yang bertugas untuk mengiringi Datuk Seri Wan Azizah ke majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam telah mendakwa telapak tangan kirinya disuntik dengan jarum beracun ketika menghampiri pentas ceramah.


Dalam kejadian orang ramai berkumpul berhampiran pentas bagi menyambut Datuk Seri Wan Azizah dan untuk mengenalpasti pelakunya adalah sukar.

Apabila menyedari telapak tangannya telah disuntik dan berdarah, beliau bergegas ke belakang pentas menemui seorang petugas mencari sesuatu untuk menghentikan pendarahan tersebut dan ais telah digunakan.

Biarpun pada ketika ais diletakkan ditelapak tangannya beliau mendakwa tidak dapat merasainya kerana tangannya telah mula kebas.

Apabila ditanya oleh petugas tersebut bagaimana keadaannya Fayyadh mengatakan tangannya mula berasa sakit dan Fayyadh yakin mampu menahan kesakitan itu hingga tiba di Kuala Lumpur.


Setengah jam kemudian setelah Datuk Seri Wan Azizah selesai memberikan ucapan dan melancarkan LANG-GAR 901, Fayyadh mengiringi Datuk Seri Wan Azizah ke kenderaannya untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

Ketika kenderaan yang dipandu oleh pemandu peribadi kepada Datuk Seri Wan Azizah berhenti untuk mengisi petrol disebuah petrol pump berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Juru yang jarak perjalanannya lebih kurang 30 minit dari Cheruk Tok Kun, keadaan Fayyadh mula kelihatan kritikal.

Ini menyebabkan Datuk Seri Wan Azizah memutuskan untuk mengejarkan Fayyadh ke Hospital berdekatan iaitu Hospital Seberang Jaya.

Tiba di bahagian kecemasan Hospital Seberang Jaya, Fayyadh masih mampu bergerak untuk melangkah keluar dari kenderaan malangnya beliau tumbang akibat pitam ketika menolak untuk membuka pintu masuk Wad Kecemasan tersebut.

Pembantu-pembantu hospital bergegas mendapatkannya dan Doktor dengan segera memberikan rawatan.

Menurut Doktor yang bertugas degup jantungnya amat lemah pada ketika itu dan tindakan pantas mengejarkan Fayyadh ke Hospital telah menyelamatkan nyawanya.


Bagaimanapun Fayyadh mulai sedar satu jam kemudian dan masih lemah ketika dilawati pada jam 2.30 pagi tadi.

Menurut Doktor yang merawatnya pula, mereka akan melakukan ujian pada darah dan air kencingnya untuk megenalpasti apakah bahan yang telah disuntik kepada Fayyadh itu.

Tangan yang telah disuntik masih lemah dan sukar untuk digerak hinggakan untuk membuka telapak tangannya untuk dirakamkan gambar memerlukan bantuan.




Perhatikan kesan tusukan atau suntikan ini, biarpun kecil dalam masa kurang dari dua jam mampu menumbangkan seorang pemuda.

Dalam nada yang amat lemah beliau berkata “Apalah yang mereka mahukan lagi……”

Siapa sasaran sebenar disini Fayyadh atau Datuk Seri Wan Azizah???

Bayangkan jika Fayyadh yang memandu kenderaan yang membawa Datuk Seri Wan Azizah, Nurul Ilham dan suamimya Mohd Rezza tiba-tiba pitam semasa memandu.. apa yang akan terjadi?

Berikut adalah laporan Polis, sila klik image untuk melihat dengan lebih jelas.


P/s: Moga Fayyadh akan cepat sembuh dan meneruskan perjuangan!



Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/01/pengawal-peribadi-ds-wan-azizah.html

No comments: