Sinaran Hairan: Majoriti rakyat AS bosan, mahu buang anggota Kongres
NEW YORK - Sementara Amerika Syarikat (AS) dilihat berpecah hampir dalam kebanyakan isu, kebanyakan rakyat negara itu bersetuju dalam satu perkara pokok - mereka sudah bosan dengan Kongres.
Kebanyakan pengundi yang ditemui, walaupun dari parti yang berlainan, mahu menukar setiap anggota dalam Kongres, jika ada opsyen untuk berbuat demikian.
Sekitar 56 peratus pengundi berdaftar berkata mereka akan mengundi keluar setiap anggota Kongres jika ada ruang untuk berbuat demikian.
Perkembangan itu, yang diperoleh menerusi hasil kajian NBC dan WSJ, merupakan respons paling tinggi memihak kepada soalan sejak ia kali pertama ditanya pada Mac 2010.
Dan, pandangan itu merentasi spektrum ideologi dengan 55 peratus golongan liberal, 55 peratus golongan sederhana dan 58 peratus konservatif mempunyai pandangan yang sama, lapor portal msnbc hari ini.
"Kami mendapati satu aspek di mana kesemua rakyat di negara bersetuju," kata pengendali kajian parti Republikan, Bill McInturff, yang menjalankan pungutan suara bersama Demoktrat Peter D. Hart.
McInturff berkata, memandangkan tahap populariti ke atas Kongres terus berada di paras rendah dengan 13 peratus buat masa sekarang, kesemua anggota berhadapan dengan risiko ditendang keluar dalam pemilihan, dijadualkan akhir tahun ini.
Pun begitu, anggota-anggota Republikan juga berhadapan dengan amaran sedemikian.
Kebanyakan rakyat berpandangan bahawa GOP membawa perubahan yang salah di Kongres (31 peatus) berbanding kumpulan mereka yang bersetuju (12 peratus).
Ia memperlihatkan satu penurunan bagi GOP berbanding setahun yang lalu, sejurus selepas mereka menguasai Dewan Perwakilan pada pemilihan pertengahan separuh penggal 2010.
Pada Januari 2011, seramai 25 peratus anggota Republikan berpandangan mereka akan membawa perubahan yang betul berbanding 20 peratus yang berpandangan sebaliknya.
Perkembangan sikap ini juga sangat jauh berbeza berbanding situasi apabila Demokrat menguasai Dewan Perwakilan pada 2006 (42 peratus / 15 peratus) dan Republikan menguasai majoriti pada 1994 (37 peratus / 11 peratus).
"Rakyat mahu Kongres melakukan sesuatu, bertindak dengan bertanggungjawab dan membetulkan ekonomi," kata McInturff sambil menambah, jika tidak "mereka boleh berhadapan dengan risiko."
P/s: Lihat rakyat Amerika dah bosan dengan kongress yang tidak bawa perubahan.
Lihat rakyat Amerika sudah bersedia untuk membuat perubahan.
Lihat rakyat Amerika berani berubah demi negara mereka.
Rakyat Malaysia tidak bosan ke dengan UmnoBN?
Rakyat Malaysia dah bersedia ke nak berubah?
Rakyat Malaysia dah berani nak berubah demi negara?
Ayuh, berdekad rakyat Malaysia fikir untuk berubah, PRU 13 adalah kemuncak untuk meralitikan perubahan itu!
Ayuh, rakyat Malaysia memang dah bosan sangat dengan UmnoBN!
Bosan tengok Rosmah pun ye juga..hahahahahahaha
Ini Yang Terkini Dan Tak Bosan!
Asalkan Bukan Umno!
No comments:
Post a Comment