Friday, 27 January 2012

Mahathir Bijaksana Pandai Jaga Diri

Mkini: Dr M: Auku relevan bagi orang 'tak tahu jaga diri'


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.

"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul.

"Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, (dan) kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di Alor Setar hari ini.

Dr Mahathir berkata mahasiswa seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran, dan selepas tamat pengajian dan mempunyai pekerjaan serta pendapatan sendiri, barulah mereka bebas melakukan apa saja.

"Kita fikir (jika) tak demonstrate (berdemonstrasi) tak boleh jadi ahli politik yang baik. Saya dulu takdak demonstration pun tapi boleh jadi ahli politik yang ada kebijaksanaan juga," katanya.

Beliau berkata lebih menyedihkan ialah yang sering terlibat dengan demonstrasi membantah AUKU adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu.

"Saya bukan rasis tapi budak Melayu ini kelulusan tak tinggi, orang inilah yang nak sangat hapuskan AUKU. AUKU tidak relevan kalau kita tahu menjaga diri," katanya.

P/s: Mahatihir kata dia bijaksana..bijak guna wang rakyat la tu..hahahahahaha

Mahathir kata dia bijaksana..bijak bagi projek pada kroni dan anak-anak dia la tu..hahahahahaha

Mahathir kata dia bijaksana..bijak pinjam duit dengan Bank Dunia la tu..hahahahahahaha

Mahathir kata dia bijaksana..bijak kelentong orang Melayu la tu..hahahahahahaha

Mahathir kata dia bijaksana..woit!! Apsal Malaysia boleh ketinggalan di belakang negara Korea? Ini Mahathir bijaksana kena jawab! Hahahahahahaha

Saya Yang Bijaksana!

No comments: