Saturday 7 January 2012

Jangkaan Yang Sungguh Menakutkan Umno

Pakatan jangka menang lebih besar di Sabah


Ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira apabila perpecahan dalam Umno Sabah semakin mendapat perhatian.


Bercakap kepadaMalaysiakini dalam satu wawancara, Anwar berkata beliau melihat perkara itu sebagai perkembangan "positif" di negeri
tersebut yang akan membolehkan Pakatan meraih jumlah kerusi yang lebih besar.

Walau tidak begitu menyerlah di Sabah, Anwar berkata Pakatan Rakyat masih boleh bekerjasama dengan parti-parti kecil dan juga kumpulan masyarakat sivil di situ – dengan mengagihkan kerusi tertentu kepada kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, Anwar berkata langkah itu tidaklah bermaksud PKR menjemput semula bekas pengerusi negeri itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan ke dalam parti.

Jelasnya, beliau telah menerima banyak kritikan ekoran daripada tindakan "lompat parti" oleh pemimpin parti itu sebelum ini dan beliau perlu mengalah kepada kritikan berkenaan

Di Semenanjung pula, Anwar mengakui bahawa perbincangan telahpun berjalan di antara Pakatan dan juga wakil daripada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pakatan juga berhubung dengan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diketuai putera raja Kelantan itu, namun perbincangan itu tidaklah sehingga ke peringkat agihan kerusi.

AMANAH juga tidak menyatakan untuk bertanding di mana-mana kerusi, kata Anwar lagi.

Dalam wawancara ini, Anwar turut menyentuh mengenai dua tokoh yang pernah bekerjasama dengannya – presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim dan juga "rakannya" Raja Petra Kamarudin.

P/s: Sabah dan Sarwak perlu berubah!

Sudah puluhan tahun bersama dengan BN, dua negeri yang kaya ini masih lagi di belakang!

Ini jangkaan yang baik. Rakyat Sabah dan Sarawak perlu sahut dan sokong PR!

Tiada kerugian memilih perubahan, sedangkan malang jika kekal begitu!

Berubah bukan kerana Anwar atau Pakatan Rakyat, tetapi berubahlah demi sekalian anak bangsa!

Berubahlah demi negara yang tercinta ini!

Berubahlah demi kelangsungan generasi akan datang!

Datang ke program malam esok!


Kemudian datang ke program pagi lusa!

No comments: