Monday, 21 November 2011

Anda Semua Wira, Kita Juara!

Pasukan Blog BTJ mengucapkan sekalung tahniah kepada seluruh pasukan Harimau Muda Bawah 23 tahun yang mewakili Malaysia di Sukan SEA 2011 di Indonesia. Perlawanan akhir bertemu pasukan Indonesia begitu membuatkan dada ramai penyokong berdebar-debar di saat-saat akhir perlawanan yang membawa kepada penalti.

Keputusan penalti Malaysia 4 - 3 Indonesia menjadikan keputusan Malaysia 5 - 4 Indonesia yang seri pada 1 - 1 pada mulanya.

Syabas kepada penjaga gol Malaysia yang tidak gentar menjaga gawang gol walaupun dikelilingi oleh ratusan ribu penyokong Indonesia. Semangat Khairul Fahmi selaku penjaga gol Malaysia kami puji.

Moga pasukan bola sepak Malaysia akan melangkah dengan lebih jauh pada masa akan datang dan sudah tentu mempertahankan kejuaraan sukan bola sepak pada Sukan SEA di episod akan datang.

Tahniah Pasukan Malaysia.

Disediakan oleh,
Ketua Pasukan Blog BTJ


TETAP NO. 1

2 comments:

Anonymous said...

Ulasan yg bagus. Tidak skeptikal terhdp pemain negara. Tidak mempolitikkan sukan negara. Tahu membezakan dimana harus dihentam dan dimana harus dikeji. 1st time baca btj.

Batu Tepi Jalan said...

Terima kasih.