Tuesday, 22 November 2011

Bila MB Pahang Akan Akui Lynas Bahaya?

Berita Tak Hairan: Nik Aziz akui air Kelantan kotor

Gagal sekat pembangunan tak terancang dikenal pasti punca pencemaran

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui laporan media bahawa air di Kelantan tercemar dengan logam berat serta bakteria E-coli yang boleh menjejas serta membahayakan kesihatan penduduk negeri ini.
Beliau yang juga Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) juga mengakui gagal menyekat pembangunan di Hulu Kelantan, terutama di Lojing sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kelantan, sekali gus menjejaskan kualiti bekalan air.
Namun, Nik Aziz tetap menyalahkan media yang didakwa mengambil kesempatan untuk menimbulkan isu berkenaan dengan niat memburukkan Kelantan.

“Saya akui benda itu (pencemaran) berlaku, namun tidaklah seperti yang dibesarkan (akhbar perdana). Memang di Kelantan ada ‘orang terliur’ semuanya. Tapi kena ingat, selain Sungai Kelantan, sungai di negeri lain kotor juga. Namun begitu, operasi AKSB kini semakin baik dan akan melakukan migrasi (naik taraf) apabila menerima bantuan kewangan nanti,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai ujian makmal Kementerian Kesihatan terhadap sampel air di Kelantan mendapati ia mengandungi logam berat serta bakteria berbahaya seperti E-coli. Laporan Bilangan dan Peratusan E-coli dan Logam Berat Bagi Air terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 itu mengesan E-coli dalam sampel air yang diuji dari 2008 hingga 2010.

E-coli memberi kesan kepada kesihatan pengguna yang menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah serta dehidrasi yang boleh membawa maut.
Sepanjang tahun lalu, 11 kes pencemaran E-coli direkodkan di Tanah Merah, lapan kes di Jeli dan masing-masing tujuh di Pasir Puteh dan Kuala Krai. Laporan itu mendapati bagi kes bandingan E-coli dalam air mentah pada 2010, Pasir Puteh mencatat peratusan tertinggi iaitu 17.13 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus).

Berhubung kegagalan kerajaan negeri menyekat pembangunan di Hulu Kelantan, terutama di Lojing sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kelantan, Nik Aziz berkata, ia tidak dapat dilakukan kerana negeri ini memerlukan pembangunan.

“Tidak ada sungai di Malaysia (yang bersih), semuanya keruh serta kotor dan di Kelantan kejadian ini berlaku disebabkan pembangunan di Hulu Kelantan terutama di Lojing, banyak kegiatan berlaku di situ.

“Walaupun kita membuat kawalan, namun ada saja pengusaha kebun sayur yang melanggar peraturan,” katanya.

Beliau berkata yang mampu dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi isu itu adalah menasihati mereka selain memanggil serta menegur syarikat yang terbabit dalam kerja pembangunan di kawasan berkenaan.

P/s: Betul kata Nik Aziz, sungai di negeri lain juga kotor.

Sungai Langat di Selangor sangat kotor! Masa BN perintah hingga PR perintah tetap juga kotor!

Sungai Pahang pun kotor! Dulu-dulu jernih dan banyak ikan, sekarang? MB Pahang boleh jawab?

MB Pahang dengan projek Lynas-nya bakal mencemarkan alam di Kuantan tidak pula mahu dilaporkan!

Dilaporkan kononnya Lynas baik untuk ekonomi negeri Pahang! Boleh Blah!

Cerita tentang sungai tercemar di Kelantan, kurang-kurang Nik Aziz mengaku!

Cerita tentang keburukan Lynas mengapa MB Pahang tak nak ngaku?!

BIla Lynas dah beroperasi dan ada kesan buruk bagi alam dan penduduk sekitar, kita pakat ramai-ramai cari MB Pahang!

Tidak lupa cari Karim Singh Walia sekali! Kasi hamtam sama mereka!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

BTJ Bantah Projek Lynas!


2 comments:

Anonymous said...

Salam btj. Aku ni baru je baca blog u. 1 benda yg aku kagum n aku xnak ko buat ialah mencarut. Blog lu special compared to others blog sbb lu x maki-maki. Blog lain cam tukar tiub, beruk ketawa sumenye best. Ulasan gempak tp sbb bnyak sgt mencarut, maki2 trus jd x syok. Kalo lu truskn cara penyampaian mcm skrng ni, at least lu ttp ada sorg pembaca setia iaitu aku. Ikhlas dr aku... Syabas bro

Batu Tepi Jalan said...

Salam.

Terima kasih atas komen yang positif dan sokongan. Saya selaku wakil bagi pihak pasukan blog BTJ menyanjung tinggi komen anda.

Komen sdr. itu adalah bukti kelainan yang kami cuba bawa berbanding blog lain.

Terima kasih sekali lagi. :)