Wednesday 4 April 2012

500000 Rakyat Duduk & Bantah Di Dataran Merdeka

Kempen diteruskan lagi.


Agenda membersihkan pilihanraya ini wajib diteruskan.


Ini bukan untuk kepentingan sesiapa tetapi untuk negara!


Ayuh 28 April kita bersama-sama di Dataran Merdeka!


Dataran ini milik rakyat di sebuah negara yang merdeka.


Ia hak mutlak rakyat!


Ayuh kita tawan Dataran Merdeka!

Nazri: Dataran Merdeka tidak diwarta untuk perhimpunan - Mkini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Dataran Merdeka - tempat BERSIH 3.0 dijadual diadakan pada 28 April ini - bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman.

Menurutnya, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui di Parlimen sebagai mengulas penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April kerana tidak puashati dengan syor jawatankuasa pilihan Parlimen (PSC) untuk menambahbaik sistem pilihan raya yang didakwanya gagal menangani isu-isu utama.

Dalam reaksi segera, Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga berkata, pihaknya akan berbincang dengan polis mengenai perkara itu.

P/s: Woit Nazri!!! Rakyat sudah tidak peduli!!!

Rakyat peduli tentang ilihanraya yang bersih!

Rakyat peduli tentang siapa yang rembat wang rakyat!

Rakyat peduli tentang siapa yang kaki korup dalam negara!

Rakyat peduli tentang kroni atau keluarga siapa yang dapat projek!

Rakyat peduli tentang siapa yang sebenarnya jadi PM di Malaysia ini!

Rakyat Peduli dan akan ikut serta BERSIH 3.0!

500000 bakal membanjiri Dataran Merdeka!


No comments: