Friday 13 April 2012

Najib Perdana Menteri Superman?

Betulkah Najib Superman? Mungkin kanak-kanak akan percaya tetapi mana mungkin seorang yang sudah boleh mengundi akan percaya tentang ini.

BTJ sangat menolak dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan mengedarkan komik seperti ini kepada kanak-kanak sekolah yang pada BTJ tidak perlu dilibatkan dalam kancah perang politik ini.

Selalu kedengaran ada sahaja isu itu dan ini yang dipolitikkan tetapi kali ini memang jelas kanak-kanak sekolah telah dipolitikkan demi politik sempit UmnoBN yang dipimpin oleh orang seperti Najib.

Kamu semua baca post di bawah ini yang BTJ salin dari blog Addin. BTJ hanya sekadar mahu menghebahkan dan berkongsi dengan anda semua di luar sana terutama yang wajib tahu adalah penyokong tegar UmnoBN.

Sekian.


28 April 2012 Kita Ke Dataran Merdeka!

Najib, Perdana Menteri Minda Kelas Ke 3.. Ini Buktinya - Dari Blog Addin



Perdana Menteri paling bacul.. ajak berdebat bermacam-macam helah diberikan. Kini budak - budak sekolah pulak di sebarkan doktrin melalui komik sampah Umno BN. Najib di gambarkan sebagai watak superhero barat iaitu Superman. Apa punya mentaliti seorang Perdana Menteri boleh berfikiran macam nih. Sungguh memalukan buat rakyat Malaysia apabila memiliki Perdana Menteri minda kelas ke 3. Memandangkan muda-mudi Malaysia makin menolak kepimpinan korup Umno BN, budak sekolah yang tidak layak mengundi kini menjadi alat kempen Umno BN.

Komik Puji Pentadbiran Najib Di Edarkan Di Sekolah


KUALA LUMPUR, 13 April — Komik yang memutransformasi ji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan di kalangan guru-guru sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri.

Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti pemimpin politik utama dari gabungan pemerintah yang digambarkan dari sudut terbaik.


Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Penasihat PPKR itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi awal bulan ini setelah mengambil masa hampir tiga tahun untuk perbicaraan.

“Kementerian Pelajaran boleh mengadakan mesyuarat dengan kami bila-bila masa. Kali ini, kami diberi taklimat tentang pencapaian kerajaan sejak beberapa tahun lalu,” kata seorang guru kepada The Malaysian Insider.

Guru itu yang meletakkan syarat agar namanya dirahsiakan berkata telah menghadiri satu taklimat bertajuk “Wacana Transformasi Minda” anjuran jabatan pendidikan negeri yang disertai pengetua sekolah dan guru penolong kanan.

“Kami telah diberitahu bahawa kerajaan merupakan kerajaan yang baik tetapi tiada arahan untuk mengundi sesiapa.

“Tetapi setiap daripada kami mendapat buku, yang menyokong diri sendiri,” tambah guru itu.


Mandat pemerintahan BN akan berakhir suku pertama tahun depan dan spekulasi mengatakan pilihan raya umum akan diadakan awal, mungkin beberapa bulan akan datang.

Guru merupakan populasi terbesar bagi tenaga kerja awam, antara sasaran terpenting untuk menyokong BN.

Bukan semua sekolah menerima komik itu. Beberapa guru yang dihubungiThe Malaysian Insider tidak mengetahu tentang perkara itu.

Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang respons tentang perkara itu.

Buku komik itu dikatakan diterbitkan Mj Publication Sdn Bhd, yang beralamat di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor.

Bagaimanapun carian dalam direktori perniagaan gagal mencari alamat itu. Pemeriksaan di Google Maps juga menunjukkan alamat itu tidak wujud, sekaligus menimbulkan keraguan penerbit itu.

Komik itu juga tidak memaparkan permit pencetak, yang merupakan satu syarat yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri.


The Malaysian Insider berjaya mendapatkan satu salinan komik itu yang menggambarkan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memegang bendera kebangsaan dn satu kumpulan yang mewakili pelbagai etnik Malaysia dengan perkataan, “Saya tidak akan memecahkan kepercayaan anda” di muka hadapan komik itu.

Pelbagai jenis gambar-gambar yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif kepada belia di bawah konsep 1Malaysia.

Pada halaman 38 juga menggambarkan Najib digambarkan seperti wira terkemuka dan terbang di atas orang ramai yang memanggilnya “Hi!Superman”. ~ themalaysianinsider

Esok Demo Mansuh PTPTN Di Dataran Merdeka - Wajib Hadir!


No comments: