Friday 20 April 2012

Terkini: DBKL Tolak Permohonan BERSIH 3.0 Di Dataran Merdeka


'DBKL tak izin demo BERSIH di Dataran' - Mkini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.

DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka.

P/s: Memang BERSIH 3.0 bukan program peringkat nasional

Tetapi BERSIH 3.0 adalah program peringkat internasional

Tak percaya boleh tengok 28 April nanti

Satu dunia akan sambut hari kuning ini

Hahahahahahahahaha!!!

Woit DBKL!!! Ada rakyat peduli ke dengan tindakan ko ni?

Woit DBKL!!! Gaji korang pun rakyat yang bayar!

Woit DBKL!!! Dataran Merdeka milik rakyat!

Rakyat Tetap Akan Turun!


No comments: