Thursday 12 April 2012

Calon PM Selepas DS Anwar?


Nizar Jamaluddin Datang Seawal 5 Pagi Bantu Mangsa Banjir Di Kampar - Dari Blog Addin



Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin bergegas ke daerah Kampar berikutan banjir besar melanda sebahagian besar daerah di selatan Lembah Kinta itu.

Nizar yang mendapat maklumat seawal jam 5 pagi tadi ditemani isterinya, Fatimah Taat dan ADUN Teja, Chang Lih Kang berusaha membantu mangsa yang terjejas teruk akibat limpahan Sungai Kampar dari hulu di Gua Tempurung.

Nizar yang juga Yang Di-Pertua PAS Kampar turut memberikan komen profesionalnya sebagai seorang jurutera bertauliah, dengan mengatakan aliran air sungai tersekat oleh kerana pemendapan pasir di tebing sungai yang runtuh menjejaskan paras air yang mudah meningkat.

Inilah bakal PM Malaysia yang dikatakan paling layak untuk menggantikan DS Anwar Ibrahim. Benar atau tidak, itu terletak pada penilaian anda semua. Pada BTJ, beliau ini memang punya ciri-ciri pemimpin yang berkaliber.

Untuk laporan selanjutnya, sila layari blog Addin di http://addin77.blogspot.com.

Biar Siapa Pun Yang Menjadi PM, BERSIH 3.0 Adalah Suara Rakyat!



No comments: