Wednesday 11 April 2012

Dataran Merdeka Hak Rakyat!

Menteri minta BERSIH minta izin 'pemilik' Dataran - Mkini

Menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 perlu meminta izin daripada "pemilik" Dataran Merdeka untuk mengadakan perhimpunan pada 28 April.

Katanya, Dataran Merdeka yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur itu tidak digazet sebagai lokasi perhimpunan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011.

Oleh sebab itu, penganjur perlu memohon permit daripada polis untuk mengadakan perhimpunan "Duduk Bantah" itu, katanya.

Nazri berkata beliau tidak maklum mengenai pihak yang menyelenggara padang berkenaan, yang sering digunakan untuk anjuran sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Menurut laporan sebelum ini, polis mengarahkan penganjur perhimpunan supaya memohon kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menggunakan tempat itu.

P/s: Woit!!! Dataran Merdeka hak milik rakyat!

Dataran Merdeka hak milik rakyat Malaysia yang merdeka!

Bukan milik Rosmah atau Najib!

Bukan milik polis atau DBKL!

Secara mutlak hak milik rakyat!

Tidak perlu minta izin!

Tiada kelulusan rakyat akan tetap berhimpun!

28 April ini rakyat Malaysia akan menakluk kembali Dataran Merdeka yang merupakan simbol kemerdekaan negara dan rakyat!

Nantikan 28 April merupakan hari kebangkitan!

Hari kebangkitan rakyat Malaysia untuk Merdeka secara total!

28 April Tarikh Keramat!




No comments: