Wednesday 4 April 2012

Khairy Bakal Umum Tarikh Untuk Demo Patriot

Tiada lagi sebab untuk demo, kata Khairy - Mkini

MP Rembau, Khairy Jamaluddin berkata BERSIH 2.0 tiada sebab untuk mengadakan perhimpunan kerana kebanyakan tuntutan NGO itu telah ditangani oleh jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC).

Katanya, tujuh daripada lapan tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil itu telahpun dimasukkan dalam syor PSC.

"Satu perkara yang tidak dimasukkan ialah tempoh kempen minimum 21 hari. Semua yang lain telah ditangani, termasuk penambahbaikan yang dijanjikan dalam penggal selepas ini," katanya ketika dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy mengulas pengumuman BERSIH 2.0 hari ini untuk mengadakan perhimpunan ketiga pada 28 April.

Beliau menyifatkan keputusan tersebut "tidak ikhlas" dan turut menuduh BERSIH 2.0 bersekongkol dengan pembangkang untuk menjadikan isu pilihan raya itu menjadi lebih rumit.

Khairy juga mendakwa perhimpunan itu merupakan satu usaha untuk memanipulasi isu pilihan raya adil untuk agenda lain.

P/s: Khairy bila nak umum tarikh untuk demo patriot?

Agak-agak ramai tak ahli Umno atau rakyat yang nak ikut serta?

Rakyat asing yang dapat IC untuk mengundi ramai la yang nak ikut serta kot.

Itu pun kalau poket mereka di ini.

Kurang-kurang bagi baju percuma.

Hahahahahahahaha!!!

Khairy ni merajuk sebab tak lantik dia jadi salah seorang JK Pemandu BERSIH.

Sebab tu sibuk buat kenyataan ni.

Rosmah tolonglah calonkan Khairy untuk bertanding masa PRU 13 nanti.

Dia dah keluar kenyataan, tolonglah tengok dan faham niat dia.

Hahahahahahahaha!!!

Niat rakyat jelas, BERSIH 3.0!



No comments: