Friday 27 April 2012

Pengerusi SPR Ahli Umno Putrajaya?

Pagi ini BTJ baca blog Addin kerana ada tajuk post yang sangat menarik iaitu 


Jadi, adakah benar Pengerusi SPR merupakan seorang ahli Umno Putrajaya berdasarkan bukti bergambar yang BTJ salin dari blog Addin ini? Jika benar, mudah sahaja tindakan yang perlu diambil. Pengerusi SPR wajib letak jawatan!

SPR adalah sebuah badan yang berkecuali. Sepatutnya SPR adalah sebuah badan yang menjalankan pilihanraya yang adil tanpa pengaruh dari mana-mana parti politik. Jika Pengerusi SPR sendiri sudah ahli Umno, peratusan wujudnya elemen berat sebelah atau cenderung kepada Umno dalam SPR adalah 99%.

Untuk ini, BERSIH 3.0 adalah tindakan yang paling tepat sebagai satu desakan untuk membersihkan pilihanraya dan juga membersihkan SPR itu sendiri.

BTJ tidak mahu mencoret panjang. Jumpa esok di Dataran Merdeka!


No comments: