Thursday 19 April 2012

Mari Kibarkan Bendera BERSIH 3.0 Di Komuter Selangor

Bendera BN mula dinaikkan di Komuter S'gor - Mkini

Walaupun Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menafikan mengeluarkan sebarang arahan berhubung pemasangan bendera BN, beberapa stesen Komuter di Selangor bagaimanapun dilihat mula 'membiru'.

Tinjauan Malaysiakini di tujuh stesen Komuter bermula di laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang mendapati dua stesen dekat Shah Alam sudah dipasang dengan bendera BN.


Kelihatan lebih 30 bendera di pasang, kebanyakannya di kawasan pagar di stesen Batu Tiga dan sekurang-kurangnya 10 bendera lagi dipasang di stesen Shah Alam.

Bagaimanapun, di Batu tiga, selain di pagar Komuter, kelihatan beberapa rumah sepanjang landasan kereta api juga kelihatan dipasang dengan bendera parti sama.

Malaysiakini juga mengunjungi stesen Petaling, Templer, Seri Setia, Setiajaya dan Subang Jaya tetapi tiada bendera BN dipasang di situ.

Sementara itu, bendera yang dipasang didapati tidak menghalang laluan serta perjalanan Komuter dan pengguna perkhidmatan kereta api itu juga dilihat tidak menghiraukannya.


Sebelum ini,Malaysiakini melaporkan, Pengerusi KTMB Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed yang juga koordinator BN Selangor mengeluarkan arahan membenarkan bendera di pasang di seluruh 28 stesen di Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Menurut sumber, beliau didakwa meminta pegawai KTMB memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen.

Malah, beliau dikatakan meminta polis bantuan memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat. 

Bekas menteri kerja raya itu bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan itu tetapi berpendapat ia tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter.

P/s: Wah, ini berita baik

Jika bendera BN boleh, sudah tentu bendera Pakatan Rakyat juga boleh

Sudah tentu juga bendera dan banner BERSIH 3.0 juga boleh

Hahahahahahahahaha!!!

Jika ada sukarelawan anak muda yang nak pergi gantung bendera dan banner BERSIH 3.0 di komuter Selangor, BTJ sangat-sangat galakan

Biar semua penumpang komuter tengok bendera dan banner BERSIH 3.0

Ini kempen yang sangat baik

Hahahahahahahahaha!!!

Jika ada mana-mana sukarelawan BERSIH 3.0 nak buat boleh ajak BTJ

BTJ akan ikut serta dengan penuh semangat

Mari-mari kita kibarkan bendera dan banner BERSIH 3.0 di komuter Selangor

Hahahahahahahahaha!!!


No comments: