Wednesday 25 April 2012

Hari Ini, Khamis, Jumaat & BERSIH 3.0

Sudah tidak lama atau boleh juga dikatakan semakin hampir. Apa yang semakin hampir? Ya, BERSIH 3.0!

Tanggal 28 April 2012, Dataran Merdeka di Kuala Lumpur bakal menyaksikan 500000 atau mungkin lebih rakyat Malaysia yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil berkumpul di sana.

Cuma perasaan kali ini kurang bersemangat. Tidak seperti BERSIH 2.0 yang diadakan pada Julai 2011 yang lepas. Namun hati ini masih lagi bertekad untuk ikut serta. Ini adalah demi negara. Mana mungkin aku bisa melihat negaraku ini terus berada dalam pemerintahan yang zalim dan tidak adil. Dengan kes NFC dan Scorpene sahaja sudah cukup jelas regim pemerintah sekarang perlu dihumbankan. 

Menghumbankan regim yang sudah tua berakar ini bukanlah satu kerja yang mudah. Dalam dasar demokrasi yang diamalkan, maka jelas kuasa untuk menukar pemerintah ini adalah di tangan rakyat. Secara mudah aku katakan, tangan rakyat perlu memangkah undi selain UmnoBN! Untuk itu, rakyat perlukan SPR menjalankan pilihan raya dengan telus dan bersih tanpa campurtangan mana-mana pihak yang berkepentingan.

Kali ini provokasi dari pihak berkuasa dan juga media perdana yang menyiarkan berita yang tidak benar tentang BERSIH sangat kurang. Jadi mood rakyat untuk turun melawan juga kurang. Walaupun kurang tetapi apinya tetap panas.

Melihat pada situasi sekarang, adakah peserta BERSIH 3.0 bakal berhadapan dengan penguatkuasa DBKL? Kali ini pihak DBKL dilihat lebih menonjol dalam melawan gerakan rakyat ini. Contoh yang jelas ialah tindakan DBKL melarang Occupy Dataran hingga khemah dirampas dan juga ada anak muda yang ditangkap lalu dibawa ke balai polis.

Mungkinkah DBKL dijadikan "kambing hitam" untuk menjaga imej polis yanh terjejas teruk semasa BERSIH 2.0 dulu? Kemungkinannya agak tinggi.

Pada aku sepatutnya pihak DBKL hanya memberi kebenaran dan menolak sebarang tekanan dari segenap sudut.

Tidak mengapalah, rakyat sudah bersiap sedia untuk turun BERSIH 3.0. Dataran Merdeka adalah lokasi tetap dan tiada siapa dapat menghalang kebangkitan ini.

Hari ini, khamis, Jumaat dan seterusnya hari BERSIH 3.0. Jumpa kamu semua di sana. Dataran Merdeka milik Kita!!!


No comments: