Monday 23 April 2012

Sejumlah 3.3 Juta Pengundi Meragukan? Biar Betul!!!

Penyelidik dakwa wujud 3.3 juta pengundi meragukan - Mkini

Penyelidik, Ong Kiang Ming mendakwa terdapat 3.3 juta kes melibatkan pengundi meragukan dalam daftar pemilih, di mana sebahagian besarnya melibatkan kawasan mengundi berbeza daripada alamat di kad pengenalan.

Berdasarkan data yang berusia sedekad itu, Ong mendakwa terdapat sejumlah 3.1 juta pengundi yang mengundi di suatu kawasan tidak mengikut dengan alamat mengikut kad pengenalan mereka.

"Ini secara khusus memberi masalah kerana maklumat ini diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2002," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Ong yang juga pengarah projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) berkata beliau menemui data berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau memerlukan tempoh seminggu untuk mengumpul maklumat tambahan, katanya.

P/s: Sah SPR dan JPN adalah ajen untuk menjahanamkan negara!

Sah mesti ada pihak-pihak tertentu di belakang SPR dan JPN!

Sah pihak-pihak ini wajib dihumbankan ke dalam lokap!

Sah PRU 13 adalah PRU paling kotor pernah diadakan!

Sah rakyat mesti bangkit dan bantah!

Sah 500000 rakyat Malaysia mesti turun Dataran Merdeka 2842012 nanti!

Sah 500000 mesti sertai BERSIH 3.0!





No comments: