Monday 23 April 2012

Rakyat Akan Tetap Ke Dataran Merdeka Sabtu Ini!

Polis 'tak akan benar' protes BERSIH Sabtu ini - Mkini



Pihak polis tidak akan membenarkan BERSIH mengadakan perhimpunan duduk bantah di Dataran Merdeka Sabtu ini, atas "sebab-sebab keselamatan".

Ketua Polis daerah Dang Wangi, Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, dalam suratnya kepada ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah, merujuk kepada surat BERSIH bertarikh 16 dan 19 April 2012.

Salinan surat daripada pihak polis itu telah dimuatnaik ke halaman Facebook BERSIH yang merupakan gabungan untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

P/s: Semua ini rakyat memang sudah agak

Semua ini rakyat sudah tidak peduli

Tanah Malaysia ini sebuah negara yang merdeka

Rakyat berhak untuk berhimpun secara aman di mana-mana sahaja

Soal keselamatan Unit Amal PAS lagi cekap dari polis

Hahahahahahahahaha!!!

Masa BERSIH 2.0 dulu siapa yang menggugat keselamatan rakyat yang berhimpun secara aman?

Siapa yang sembur tear gas?

Siapa yang tembak bom asap?

Siapa?

Siapa?

Siapa?

Ada peserta BERSIH 2.0 mencederakan orang awam dan polis?

Ada peserta BERSIH 2.0 sembur tear gas pada polis?

Ada peserta BERSIH 2.0 tembak bom asap pada polis?

Polis tak payah nak sembang lebat la soal keselamatan

Ingat sikit, rakyat bayar gaji kamu semua

Bukan Najib atau Rosmah!

28 April Kita Tetap Ke Dataran Merdeka!!!


No comments: