Tuesday 17 April 2012

Tukang Tilik Najib Sudah Bagi Bayangan Tarikh PRU 13

Pilihan raya wajar diadakan dalam masa terdekat: Dr M - BHairan

SINTOK: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik. 

Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan.
Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.

"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya. 

"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini. 

Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan. 

"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya. - BERNAMA

P/s: Pandai bomoh Najib ini pilih masa untuk pilihanraya

Pandai tukang tilik Najib ini bagi saranan

Dr. Mahahthir memang pandai

Jadi bomoh atau tukang tilik ikut sistem British

Memang hebat

Patut boleh jadi penasihat Petronas dan Proton

Tetapi ada lagi seorang bomoh atau tukang tilik Najib belum bagi saranan

Kali ini perempuan dan dr. juga

Memang cerewet la sikit

Dengar-dengar lagi hebat dari Mahathir dan najib tunduk padanya

Siapa tukang tilik atau booh perempuan ini?

Perempuan puaka?

Korang jawab la sendiri

Hahahahahahahahaha!!!

Pastikan Kehadirian BERSIH 3.0!


No comments: