Tuesday 10 April 2012

Lupus Hutang Tajudin Ramli Tindakan Bertanggungjawab?

TPM: Hapus pinjaman tak bertanggungjawab - Mkini

Cadangan untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang mempamerkan sikap tidak bertanggungjawab pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata cadangan itu sekiranya dilaksanakan akan hanya menimbulkan masalah besar kepada orang ramai untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka.

"Bercakap memang mudah sebab dia (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan kerajaan dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab.

"Mereka yang berhutang dengan PTPTN mungkin suka, tapi ini akan menyebabkan masalah besar...jangan fikir keuntungan jangka pendek sahaja," katanya kepada pemberita di Bangi hari ini.

Beliau menegaskan sedangkan janji yang diberikan pembangkang semasa pilihan raya lepas pun masih banyak belum ditunaikan.

Mengenai kenyataan Anwar dalam satu laporan portal bahawa beliau yakin BN tidak akan berjaya merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata apa yang penting ialah apa pendapat rakyat mengenai pentadbiran pakatan pembangkang di negeri itu.

"Apa yang mustahak sekarang ialah apa rakyat di Selangor fikirkan, apa yang mereka fikirkan mengenai kerajaan negeri sedia ada, adakah mereka berpuas hati," katanya.

Muhyiddin berkata BN sedar akan berdepan cabaran besar di Selangor pada pilihan raya umum akan datang kerana sudah pasti pakatan pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah.

Beliau berkata BN tahu yang dimahukan oleh rakyat Selangor dan menurutnya mereka adalah pemilih yang dipentingkan oleh BN.

- Bernama

P/s: Izinkan BTJ gelak dulu..hahahahahahaha!!!

Gelak merupakan tanggungjawab setiap rakyat untuk menyambut kenyataan TPM Malaysia ni.

Kita gelak lagi..hahahahahahahahaha!!!

Woit!!! Tindakan menghapuskan hutang Tajudin Ramli tu tindakan bertanggungjawab ke?

Woit!!! Bagi RM250 juta kepada NFC tu tindakan bertanggungjawab ke?

Ini Tanggungjawab Rakyat! BERSIH 3.0!


No comments: