Sunday 8 April 2012

Apa Itu Demokrasi?

Hari ini buka laman sosial facebook milik BTJ dan tiba melihat sesuatu yang menarik iaitu satu gambar yang kawan BTJ kongsikan di wall facebooknya.

Gambar tersebut adalah mengenai sistem demokrasi dan bagaimana sepatutnya ia berlaku. Tentang ini ramai di kalangan rakyat seluruh dunia terutama rakyat Malaysia tidak memahaminya.

Bagi BTJ demokrasi itu sangat subjektif untuk difahami. Ada yang mengatakan bahawa demokrasi adalah kuasa majoritti, hak majoriti. Bagaimana pula dengan golongan minoriti? Adakah golongan minoriti hilang hak dan kuasa untuk bersuara atau membuat keputusan dalam sistem demokrasi ini?

Jadi, BTJ suka untuk simpulkan bahawa demokrasi itu adalah kuasa bagi majoriti dan juga hak bagi monoriti. Ini lebih ketimbang agar apa sahaja keputusan yang dibuat adalah sebuah keputusan yang seimbang lalu boleh memuaskan hati semua pihak. Namun "semua" pihak ini mustahil untuk mencapai 100%. ia seperti tidak mungkin sama sekali kerana lumrah kehidupan manusia itu berbeza.

BTJ menambah lagi tentang demokrasi ini. Demokrasi juga merupakan satu sistem yang mengangkat prinsip perbezaan idea atau pendapat. Inilah kelebihan yang positif dan jika betul-betul diamalkan, maka jalan untuk menuju sebuah pembentukan masyarakat yang maju dan bertamadun itu telah berada di jalan yang tepat.

Baiklah, ini sekadar pendapat atau lontaran kata dari BTJ. Mari kita lihat sahaja gambar ini. Tentu demokrasi itu lebih mudah untuk difahami.


Sudah faham apa itu demokrasi?

BTJ gagal untuk mendapatkan sumber gambar ini. Jika tuan punya gambar membaca post ini, maka BTJ mohon ampun dan maaf. Tiada niat lain selain ingin berkong sesuatu yang baik.

Semua Rakyat Malaysia Wajib Ikut Serta!





















Ibu Segala Demo!


No comments: