Tuesday 17 April 2012

Johor Masih Kubu Kuat BN?

Pemerhati kata Johor masih kubu kuat BN - Mkini

Sejak tahun lepas, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman tidak pernah jemu menjelajah segenap tempat di negeri ini untuk mengukuhkan sokongan rakyat terhadap BN sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ramai pemimpin parti komponen BN berkata Ghani begitu tekun menangani isu yang melibatkan pelbagai kelompok di Johor, terutama pengundi Cina, kerana terdapat andaian bahawa sokongan masyarakat itu terhadap BN ketika ini agak kurang memberangsangkan.

Sementara itu, ramai pemerhati politik percaya Umno sekali lagi akan mendapat sokongan padu pengundi Melayu seperti pada pilihan raya umum 2008.

Sebanyak 56 kerusi negeri akan menjadi rebutan di Johor, negeri yang dikenali sebagai kubu kuat BN. Pada 2008, prestasi BN tercalar sedikit apabila ia hanya memenangi 50 kerusi negeri, manakala DAP dan PAS masing-masing memenangi empat dan dua kerusi.

Bagi kerusi parlimen pula, BN mengekalkan 25 daripada 26 kerusi yang disandangnya, dengan satu kerusi terlepas ke tangan DAP.

Pengatur strategi BN berpendapat sokongan pengundi Melayu, dan dalam hal tertentu, sokongan pengundi India terhadap parti gabungan itu, nampaknya tidak perlu dirisaukan. Kini, kebimbangan mereka banyak berkisar tentang kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Cina.

P/s: Ini bukti kukuh Johor masih kubu kuat BN

Ini bukti kukuh Johor akan kekal diterajui BN

Ini bukti kukuh TPM ada peluang jadi PM

Ini bukti kukuh Khaled Nordin masih ada peluang jadi menteri

Kita tunggu dan lihat

Kita tunggu dan lihat

Benarkah Johor masih kubu kuat BN

Hahahahahahahahaha!!!

Lihat bawah

Rakyat Johor sudah bangkit

Rakyat Johor sudah pandai demo

Hahahahahahahahaha!!!


Sebelum Itu Rakyat Johor Ini Akan Turun BERSIH 3.0!


No comments: