Friday 6 April 2012

Tanda-tanda PRU 13 Adalah Pilihan Raya Tipu!

Jasa yakin BN kuasai PRU13 - Sinaran hairan

IPOH – Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila sokongan rakyat semakin meningkat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan berkata, ia berdasarkan kajian yang dibuat penganalisis politik bebas dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), termasuk dari pihak pembangkang.

Menurutnya, isu-isu besar seperti rasuah, harga barang, Lynas dan sebagainya diurus baik walaupun ia cuba ditimbulkan oleh pembangkang sebagai isu yang boleh dijadikan kontroversi.

“Kajian itu menunjukkan rakyat kembali yakin dengan kepimpinan Najib. Umumnya, sokongan rakyat kepada Najib semakin memuncak daripada semua kaum termasuk Cina yang kini merangkak bangkit di bawah kepimpinan beliau.

“Mereka (pembangkang) cuba menimbulkan isu kerana mereka sudah habis idea dan sudah berlalu ditelan masa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Budi dan Jasa bersama Mantan Pegawai dan Muzakkir/Aktivitis Jasa Negeri, di sini, semalam.

Fuad berkata, bagi mengukuhkan BN, perkhidmatan dan jentera parti komponen perlu diperbaiki selain faktor meletakkan calon boleh menang.

Selain itu, Jasa menggunakan konsep lautan biru yang bekerjasama dengan pelbagai agensi umpama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi mencapai matlamat sama.

“Cabaran paling besar adalah haluan pemikiran golongan muda yang sukar dijangkakan. 48 peratus pengundi terdiri daripada golongan itu dan 1.4 juta pengundi baru mendaftar.

“Salah tanggapan dan maklumat, kita (kerajaan) akan runtuh. Kalau tidak dapat baca perasaan dan pandangan orang muda, kita tidak akan tahu hala tuju negara,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 45 mantan pegawai dan Muzakkir Jasa menerima sagu hati berjumlah RM3,000 seperti yang diumumkan oleh Najib pada pembentangan bajet 2012 lalu.

P/s: Sila tanya 
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) ini adakah beliau ahli Umno?

Hahahahahahahaha!!!

Bagaimana orang ini boleh yakin?

Setakat kajian atau penyelidikan belum tentu atau belum pasti lagi.

Bukankah undi itu rahsia?

Jadi bagaimana orang ini boleh yakin dengan sesuatu yang rahsia?

Mungkinkah orang ini antara nujum atau tukang tilik PM?

Hahahahahahahaha!!!

Jika sudah yakin wajib minta PM bubar Parlimen dan adakan PRU 13!

Atau PM masih tidak yakin?

Hahahahahahahaha!!!

Rakyat Malaysia Yakin 500000 Akan Sertai BERSIH!


No comments: