Thursday 19 April 2012

Lagi Laporan Serangan Samseng Lembu Di Dataran merdeka

PTPTN: Aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka diserang - Sinaran Hairan

[TERKINI, 8 PAGI] SHAH ALAM - Aktivis-aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dalam kempen mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mendakwa mereka telah diserang oleh sekumpulan individu, yang menurut mereka kumpulan samseng, awal pagi tadi.

Aktivis itu yang berkhemah di Dataran Merdeka buat hari keenam hari ini, diserang sekitar 2.45 pagi tadi.

Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang ketika dihubungi awal pagi ini mengesahkan mereka diserang dan beberapa aktivis dimasukkan ke hospital.

"Ya, kami semua diserang 60 gengster, tidak tahu siapa (mereka) dan mereka merobohkan semua khemah kami. Kami disepak, diterajang, ditumbuk dan dihalau dari Dataran. Tapi kami masih tetap di sini. Seorang sedang dapat rawatan kecederaan telah dihantar ke Hospital KL.

"Masa itu kami dalam 40 orang. Yang cedera ringan dalam lima orang sebab dipukul. Seorang dibawa ke hospital," katanya lagi.

Rakaman serangan dan kekecohan ketika insiden turut dimuatkan dalam YouTube di bawah tajuk"Mob of 40 attacking students at Dataran Merdeka".

Salah satu mesej Twitter menyebut individu kumpulan memberi amaran akan datang selepas ini.

Sementara satu lagi mesej pula menyebut seorang aktivis wanita, yang berada dalam khemah, telah ditendang beberapa kali dan ditarik keluar oleh penyerang.

Malah, beberapa mesej mengaitkan insiden itu dengan parti politik tertentu memandangkan seorang dua penyerang ada memperkenalkan diri mereka sebagai anggota sayap pemuda sebuah parti.

"Kami tidak akan tunduk kepada keganasan. Dataran Merdeka milik rakyat," tulis akaun occupydataran.

Aktivis mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu selepas mengadakan demonstrasi meminta kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN.



P/s: Cuba lihat perenggan sepuluh

Penyerang ada memperkenalkan diri bahawa mereka adalah anggota sayap pemuda sebuah parti

Ini laporan dari akhbar Sinar Harian

Sinar Harian media perdana

Bukan akhbar mana-mana parti

Akhbar ini tidak seperti Utusan dan BHarian pencacai

Parti mana yang rekrut samseng lembu ni?

Sudah tentu parti itu ada kaitan dengan lembu

Sudah tentu United Malay National Organization

Ini parti Najib

Najib ini isteri Rosmah

Laki bini rembat wang rakyat

Hahahahahahahahaha!!!

Cuba tanya Senatak Ezam 

Dia kenal tak samseng-samseng lembu ni

Jika dia kata tak kenal

Dia memang dasar Senatak

Hahahahahahahahaha!!!




No comments: