Saturday 3 December 2011

Sekitar Demo Membela Penduduk Kampung Matau

Latarbelakang

Kg Matau telah didiami lebih 40 tahun lamanya. Ia merupakan penempatan orang Melayu pertama di Bandar Tun Razak Jengka (dulu dikenali Bandar Jengka). Penduduk asal bekerja dengan syarikat pembalakkan yang beroperasi bersama FELDA dan LKWJ membuka tanah rancangan FELDA di kawasan segitiga Jengka.

Mereka telah banyak kali memohon untuk mendapatkan suratan hakmilik atau geran tanah tetapi tidak pernah di pedulikan. Cuma T.O.L (Lesen Tumpangan Sementara) pernah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah tetapi kemudiannya telah dibatalkan / tidak diperbaharui tanpa sebarang alasan.

Keluasan tanah yg diduduki kira-kira 22 ekar sahaja.jumlah penduduk 400 orang. Jumlah rumah kediaman 41 buah, rumah kedai 35 buah dan kedai 17 buah.

Baru-baru ini penduduk menerima notis dari Majlis Daerah Maran (MDM) mengarahkan mereka keluar dan mengosongkan tanah tersebut atau akan dirobohkan serta dihalau keluar.  Notis tersebut tamat pada hari ini 2/12/2011.


Perhimpunan Aman

Penduduk kampung hari ini menganjurkan perhimpunan aman membantah pengusiran mereka.kira-kira lebih 100 orang penduduk berkumpul selepas sembahyang Jumaat di kampung tersebut.yg hadir terdiri dari pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak.mereka diketuai oleh En.Zakri Yussuf (hp no:0139268264) manakala pemimpin PR yang turut hadir memberikan sokongan ialah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ahmad Nizam Hamid, Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang, Haji Suhaimi Said, Ketua Cabang PKR Kuala Krau dan pemimpin PKR serta PAS yg lain.




Dalam ucapannya, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan jaminan akan membantu penduduk kampung pertahankan hak mereka serta berjanji PR menang tawan Pahang, penduduk kampung akan diberikan geran tanah.

Ahmad Nizam Hamid yg juga peguam bagi penduduk kampung turut melahirkan komitmen yang sama serta mengecam pimpinan UMNO/BN kerana langsung tidak prihatin serta bersimpati dan enggan membantu penduduk kampung. Umno hanya tahu menjaga kepentingan kapitalis dan pada masa yang sama menindas rakyat kecil. Beliau juga menegaskan akan membantu penduduk kampung dari segi perundangan.

Hj Suhaimi Said pula menyebut bahawa UMNO/BN sememangnya tidak pernah berpihak kpd rakyat. Beliau mengambil contoh kerajaan Selangor yang begitu prihatin membantu rakyat dalam soal tanah berbanding dengan kerajaan Pahang.



Wakil penduduk Matau, Zakri Yussuf menyebut mereka telah mendiami tanah tersebut lebih 40 tahun. Tiada kemudahan air bersih yg disalurkan kpd mereka walaupun sudah puluhan kali membuat permohonan. Penduduk menggunakan air perigi sebagai sumber air bersih mereka. Manakala bekalan elektrik diusahakan sendiri oleh penduduk kampung di mana mereka sendiri keluarkan wang untuk tanam tiang lektrik. Beliau merayu kepada MDM untuk tidak menghalau penduduk kampung yang 100% Melayu dan rata-ratanya berpendapatan rendah.

Bersurai Aman

Lebih kurang jam 3.50 petang, perhimpunan aman ditamatkan dan bersurai dengan aman.



Dari maklumat yang diperolehi, MDM telah menyerahkan tanah tersebut kpd Mentiga Corporation iaitu anak syarikat kerajaan Pahang untuk dimajukan iaitu membina projek rumah kedai.

Sumber oleh: Ahmad Nizam Hamid
Editor: BTJ

3 comments:

Anonymous said...

Pas dah kena tipu. Ramai di kalangan penduduk matau yang kaya tapi berlagak miskin. Kebanyakannya orang kelantan yang tinggal di situ. Kalau orang luar cuba berniaga di situ, siap la gerai kena roboh. Bila orang matau berniaga di tempat orang lain tak boleh kacau. Beri macam2 pada mereka tapi takkan pindah punya.

Anonymous said...

Orang matau ramai yang penipu, berlagak je miskin. Rata2 dah ada rumah di felda. Kerana tamak, sanggup teroka tanah kerajaan. Orang pahang ramai yang akur dan berpindah bila disuruh kerajaan, ayng tinggal orang kelantan je. Mentang2 tuan ibrahim orang kelantan, bela orang kelantan je walaupun salah. Kalau orang pahang cuba meniaga di matau, habis la gerai dikerjakan. Jutawan pun ada di matau. Daif konon.

Anonymous said...

Orang matau ramai yang penipu, berlagak je miskin. Rata2 dah ada rumah di felda. Kerana tamak, sanggup teroka tanah kerajaan. Orang pahang ramai yang akur dan berpindah bila disuruh kerajaan, ayng tinggal orang kelantan je. Mentang2 tuan ibrahim orang kelantan, bela orang kelantan je walaupun salah. Kalau orang pahang cuba meniaga di matau, habis la gerai dikerjakan. Jutawan pun ada di matau. Daif konon.