Wednesday, 7 December 2011

Apa Hukuman Jika Polis Yang Maki Rakyat?

Sinaran Hairan: Terima balasan akibat maki polis

KUANTAN - Seorang lelaki menerima padah apabila didenda RM100 di Mahkamah Trafik di sini semalam, selepas menghina seorang anggota polis dengan kata-kata kesat pada 19 Oktober lalu.

M Subramaniam, 47, didapati melakukan kesalahan tersebut di hadapan sebuah pusat hiburan Padang Lalang di sini.

Dia didapati menghina anggota polis terbabit dengan menuding jari sambil mengeluarkan perkataan kesat kira-kira jam 4.45 pagi.

Subramaniam, yang di-tangkap pada 22 November lalu itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Majistret, Tuan Ruzaini Tuan Lah turut menjatuhkan hukuman penjara tiga hari jika tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Chif Inspektor Mohd Azman Ariffin.

P/s: BTJ pelik camne kes camni boleh dimuat dalam kolum jenayah, besar sangat ke jenayahnya?

Jika kes polis maki rakyat camne plak? Akan dikira jenayah juga?

Woit!! Bersepah kat luar tu polis tak ikut prosedur!

Woit!! Bersepah kat luar tu polis maki rakyat dengan kata-kata kesat!

Woit!! Bersepah kat luar sana polis mengkasari rakyat!

Siapa tak percaya tanya BTJ!

Dah terang-terang masa BERSIH 2.0 macam-macam kekasaran + kata kasar polis kepada rakyat yang menyertai himpunan, mengapa tiada tindakan? Jika dilapor akan ada tindakan? 

Tak Percaya Kita Lihat Masa BERSIH 3.0 nanti bagaimana kasarnya polis Malaysia (sesetengah)!



No comments: