Isu yang hangat sedang diperkatakan dan dibualkan di media-media sosial sekarang adalah isu seorang mahasiswa yang bernama Adam Adli telah menurunkan bendera gambar Najib Tun Razak dan menggantikan dengan bendera Academic freedom. Ia hanya berlaku dalam sekitar 5 minit sahaja dan kemudiannya bendera gambar Najib Tun Razak dinaikkan semula.
Apa yang BTJ tahu, hanya aksi menurunkan bendera sahaja yang berlaku dan bendera gambar Najib Tun Razak dalam keadaan baik. Melalui sumber bacaan bergambar dan video di youtube, tiada aksi mengoyakkan bendera berlaku.
Jadi, dari mana Utusan Malaysia ( Utusan Meloya ) dapat khabar bendera gambar Najib Tun Razak itu telah dikoyakkan?
Memang sah Utusan Malaysia ini akhbar putar belit. Ini bagi menipu rakyat Malaysia yang berada di luar bandar dan menimbulkan imej yang sangat buruk terhadap mahasiswa yang berdemo pada 17hb Disember baru-baru ini.
Mana-mana pihak perlu tampil terutama dari pihak mahasiswa sendiri untuk memperbetulkan keadaan. Jika tidak, imej buruk ini boleh mewujudkan keadaan yang tidak stabil iaitu apabila ada pembaca Utusan Malaysia ini beremosi dan mungkin akan berlaku kejadian tidak dingini.
Bukti Utusan Malaysia putar belit ada di bawah. Ini gambar screen shot yang BTJ dapatkan.
P/s:Insaflah wahai pekerja akhbar Utusan. Berhentilah dari menjadi pak turut kepada Umno!
1 comment:
Btj, apesal ko nk heran plak. Ko sepatutnye heran kalo utusan melaporkn berita dgn jujur huaHaha.... Menipu ni mmg vision n mission dorg huahaha....
Post a Comment