Friday, 16 December 2011

Felda Adalah Milik Peneroka, Bukan Mereka!


Ini adalah salinan surat dari Isa Samad Kepada Dato' Dzulkifli Bin Abdul Wahab yang menjadi isu sekarang iaitu Isa Samad mahukan beliau ( Dato' Dzulkifli Bin Abdul Wahab ) keluar dari Felda. Surat ini BTJ perolehi dari seorang kawan.

Menurut sumber maklumat dari pelbagai media, Dato' Dzulkifli Bin Abdul Wahab ini tidak bersetuju dengan cadangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings ( FGVH ) yang mahu dilakukan oleh Isa Samad.

Ini adalah serba sedikit yang BTJ faham tentang isu Felda ini. BTJ tidak mahu mengulas panjang panjang kerana BTJ tidak pakar dalam isu Felda ini. Cuma BTJ terfikir, mengapa akhirnya Felda ini menjadi isu pertelingkahan orang atasan?

Felda ini pada BTJ adalah milik peneroka dan peneroka berhak sepenuhnya ke atas Felda. Kenapa BTJ kata begitu? Ini adalah kerana tanpa peneroka, Felda tiada apa-apa. Seperti yang kita tahu, Felda sangat sinonim dengan kelapa sawit dan ada juga getah. Jika tiada peneroka yang mengusahakannya, mana mungkin kelapa sawit dan getah akan mengeluarkan hasil.

Isu ini juga ada kaitan dengan politik. Kenapa? Siapa Isa Samad dan siapa yang melantiknya? Sudah tentu Isa Samad adalah seorang ahli politik dan dilantik oleh Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dan kedua-duanya adalah pemimpin Umno.

Isa Samad juga agak terkenal dengan isu rasuah sebelum ini. Jadi mengapa melantik seorang yang ada rekod buruk? Persoalan ini Najib perlu jawab bukan kepada saya tetapi kepada peneroka seluruh Malaysia.

BTJ sangat prihatin dengan isu Felda ini kerana ia pada awalnya adalah hasrat murni kerajaan untuk mengeluarkan masyarakat Melayu dari kepompong kemiskinan. Tetapi realitinya kini pemimpin atasan Felda berebut-rebut untuk mengaut keuntungan dari hasil titik peluh peneroka.

BTJ sarankan dan juga menyeru supaya warga Felda bangkit dari tidur yang lena dan lawan untuk mendapatkan keadilan dalam Felda. Felda adalah milik anda ( peneroka ) dan bukan milik mereka sama sekali. Berjuanglah untuk sebidang tanah itu.

Hanya satu kata, ABU! ( Asalkan Bukan Umno )

Lawan tetap lawan!

Warga Felda Sokong BERSIH 3.0!






3 comments:

Anonymous said...

Pepatah ada menyebut "kerana nyamuk seekor kelambu nak dibakar". Dalam konteks blog ini, pepatah itu merujuk kepada nyamuk bernama Tan Sri Mohd Isa Samad. Benar memang dia menyusahkan dan perlu ditentang. Tetapi itu bukan bermakna peneroka Felda perlu menolak penyenaraian FGVH. Ia adalah usaha memodenkan peneroka Felda. Pendekata fikir masak2 sebelum ikut telunjuk PAS yang mengajak rakyat menentang Felda. Mereka ada agenda politik dan mereka tak kisah pun soal peneroka asalkan mereka dapat undi. Jangan korbankan kepenerokaan anda kepada parti politik. (ikhlas dari Tunggul Kayu)

Anonymous said...

Semua syarikat beratur di suruhanjaya sekuriti untuk menyenaraikan syarikat masing2 kerana sumber kekayaan berada di sana. FGVH ingin melahirkan usahawan Felda moden yang menikmati sejumlah saham sesambil berkebun di tanah masing-masing. Namun pembangkang membuai hasutan sehingga peneroka semakin takut untuk menjadi petani moden. Itulah sebenarnya agenda Cina untuk menghalang Melayu berjaya di Bursa Malaysia.... (laporan Bursa Kuala Langat)

peneroka minda said...

Alkisah sokong menyokong menjadi keutamaan sejak akhir-akhir ini. Bangkang membangkang juga sama pentingnya. Namun apa lah daya peneroka untuk menyokong atau membangkang kerana mereka sudah terkeliru dengan pelbagai jenis `gula-gula' yang datang dari ANAK, BAPAK, BANGKIT, GEMPAK dan lain2 NGO. Apalah nasib kami menjelang PRU13, asyik kena lobi sana sini sedangkan mereka tidak bersama kami menyodok tandan sawit dan tidak bersama kami menoreh getah ditemani pak belang di setiap subuh. Anda asyik berpolitik dengan menggunakan kami warga peneroka sebagai umpan. Anda sebenarnya harimau yang ingin membaham peneroka di siang hari.