Mkini: Dr M didakwa pernah minta bantuan Bank Dunia
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri itu ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.
Dalam usaha membuang gelaran "agen AS" terhadapnya, Anwar (bawah) berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.
Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.
Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.
Beliau mendedahkan perkara itu ketika menyampaikan ucap utama dalam dalam majlis makan malam membincangkan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) malam tadi yang antaranya turut dihadiri wakil kedutaan asing.
P/s: BTJ memang pernah dengar pasal isu ni tapi versi terbalik yang kononnya Anwar yang minta bantuan tapi Dr. M yang tak nak.
Sekarang Anwar dah jawab dan menyangkal semua dakwaan ke atasnya, jadinya Tunggu Dr. M plak yang jawab!
Agak-agak apa yang Dr. M akan jawab?
Mungkin Dr. M kata " Saya tak pernah minta bantuan Bank Dunia, minta bantuan bomoh ada la".
HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!
Demonstrasi Bukan Budaya Dia!
Ini Musuh Kita!
Demonstrasi Budaya Kita, BERSIH 3.0!
No comments:
Post a Comment