Thursday, 8 December 2011

Umno, BN Tiada Masalah Tidak Kekal

Mkini: PRU13: Umno, BN tiada masalah guna dakwat kekal

Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun mahu penggunaan dakwat kekal memenuhi tiga syarat, iaitu dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tidak boleh dibuang dengan apa jua jenis peluntur hingga tempoh tertentu dan tiada pihak yang cuba menyeludup masuk untuk tujuan penyalahgunaan pada masa pilihan raya umum.

"Telah nyata juga sebelum ini bahawa tiada bukti wujud pengundi hantu dalam mana-mana petisyen mahkamah pilihan raya umum dan pilihan raya kecil yang dibawa oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya," katanya.

Beliau berkata dakwat kekal yang ingin digunakan boleh dijadikan asas tambahan bagi membuktikan bahawa proses pilihan raya di negara ini adalah telus dan adil.

Beliau menambah kemenangan Umno dan BN tidak pernah bergantung kepada manipulasi keputusan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil untuk memerintah negara sejak dahulu lagi.

"Kemenangan kami adalah bermaruah dan benar. Selama ini kami menyerahkan kemenangan kepada kebijaksanaan pengundi membuat keputusan yang tepat setelah segala yang baik telah disediakan kerajaan," katanya.

P/s: Woit!! Inilah kenyataan pemimpin Umno yang syok sendiri! HAHAHAHAHAHAHAHA!!

Woit!! Yang tiris tu parti mana yang punya kerja?!

Woit!! Yang Korup tu parti mana yang punya kerja?!

Woit!! Yang rasis tu parti mana yang punya kerja?!

Woit!! Betul ke parti ni parti Melayu? Tetapi kenapa nama UMNO?!

Woit!! Betul ke parti ni parti yang membela orang Melayu? Jawapannya tanya penduduk di kampung Matau!

Ini penoreh getah paling profesional. Sila tiru sama dia! HAHAHAHAHAHAHAHA!!










Gunakan dakwat kekal supaya Umno tidak kekal memerintah! HAHAHAHAHAHAHAHA!!

Katakan Kekal Bagi Dakwat, Bukan Pada Umno!


No comments: