Mkini: 'Serang' bahagian: Penjelasan Shahrizat dituntut
Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka.
Timbalan Ketua Umno bahagian Datuk Mahadi Haji Abdul Shukor berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee.
"(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai Khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.
Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini.
Dalam kenyataannya petang ini, Mahadi berkata walaupun dikatakan mahu menyerahkan memorandum berhubung kenyataannya tentang "memikul biawak hidup" dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kumpulan itu didakwa membuat kecoh dan mengeluarkan kata-kata kesat.
"Mereka juga tidak mahu mendengar langsung penjelasan Datuk Wira Syed Ali berhubung kenyataan beliau sebelum itu, malah fotokopi kenyataan akhbar dan blog umnobahagiancheras juga mereka koyak.
"Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," dakwanya.
Menceritakan semula kejadian pada hari itu, Mahadi berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal sehingga memaksa kakitangan pejabat menghubungi pihak polis yang tiba tidak lama kemudian.
Sementara itu, ketetapan yang dicapai dalam mesyuarat tergempar Umno Cheras bersama sayapnya hari ini antaranya:
(1) Bertegas dan mendesak pengurusan NFC supaya segala isu berbangkit diselesaikan secara telus demi memelihara kredibiliti perdana menteri, timbalannya, serta survival UMNO menjelang pilihan raya ke-13.
(2) Umno Cheras tetap menentang apa jua penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang dibimbangi akan menghakis keyakinan rakyat dan dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib rakyat, terutama diperingkat akar umbi.
(3) Kesal dengan inisden tersebut yang dilihat seperti ada dalang yang merancang untuk melakukan kekecohan di pejabat Umno Cheras.
P/s: Akhirnya lembu peliharaan Shahrizat yang bernilai RM250 juta telah mulai membuahkan hasil..hahahahahahahahaha!!
Lembu-lembu ini ada keistimewaan iaitu boleh menyerang orang! hahahahahahahahaha!!
Lembu-lembu ini boleh mengaku sebagai NGO! hahahahahahahahaha!!
Lembu-lembu ini lebih cerdik dari Panglima-panglima Ludah! hahahahahahahahahaha!!
Saya Juga Tolak Shahrizat!
Mari Sokong Ini!
No comments:
Post a Comment