Thursday, 8 December 2011

Raikan Demokrasi: 6 Aktivis Mahasiswa Ditahan!

Sinaran Hairan: Speakers Corner UiTM kecoh, 6 aktivis mahasiswa ditahan

SHAH ALAM - Speakers Corner di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam ini bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau dilakukan mahasiswa pro-aspirasi dan berlaku campur tangan pihak polis bantuan universiti itu sehingga enam aktivis mahasiswa ditangkap.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab berkata kejadian berlaku apabila datang sekumpulan mahasiswa membuat kecoh dan menarik aktivis UiTM, Khalid Ismad serta rakannya yang dikenali sebagai Ehsan dari Unisel.

Katanya, polis bantuan berkenaan bertindak menahan aktivis SMM dan membawa mereka ke pejabat polis bantuan di UiTM Shah Alam.

"Saya kecewa kerana pihak universiti tidak bersikap terbuka dalam memberi peluang demokrasi mahasiswa.

"Ia sepatutnya seperti yang termaktub dalam pindaan Auku 2009 di mana menunjukkan kerajaan mengiktiraf hak perlembagaan untuk mahasiswa terlibat dalam politik seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah", katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini

Syukri berkata, UiTM juga mengadakan tujuh sekatan jalan di dalam kampus itu. -SH Online/NadiaZaman

P/s: Inilah buktinya mahasiswa sudah bangkit!

Inilah buktinya mahasiswa sudah berani melawan!

Inilah buktinya negara Malaysia mengamalkan demokerusi! HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Awas! Mahasiswa makin ditahan makin melawan!

Awas! Mahasiswa makin disekat makin sepakat!

Awas! Mahasiswa makin ditekan makain ramai turun ke jalan!

Jika 6 aktivis ditahan, pastikan beratus lagi akan bangkit melawan!

Ayuh, tunjukkan kuasa mahasiswa!

Mahasiswa Bersama BERSIH 3.0!

No comments: