9 DISEMBER 2011
Salam komrad!
Syukur Alhamdulillah, hari ini tanggal 9 Disember kita berjaya mencipta sejarah kecil yang bakal menjurus kepada sejarah lebih besar. Resam anak muda mencipta sejarah, itulah yang kita lakukan hari ini - mencipta sejarah!
Cetusan gerakan massa yang berjaya dengan cemerlang hari ini akan diteruskan lagi tanpa menoleh ke belakang. Hancurkan Umno bukan matlamat peribadi, menumbangkan Umno dari jasad pemerintahan negara adalah satu tuntutan muktamad setelah puluhan tahun kesabaran 'terancang' yang menyelubungi anak muda dengan doktrin dan ugutan betapa kononnya tanpa Umno negara musnah, sedangkan Umno itulah pemusnah bangsa dan agama.
Acap kali kita berbicara tentang bagaimanakah cara untuk merubah sistem sedia ada, demi kehidupan yang lebih baik. Namun kali ini kita bukan sekadar berbicara kosong, tetapi telah sama-sama berusaha keras untuk melaksanakan satu gerakan penting dari seluruh pelusuk negara - membebaskan tanahair dari cengkaman pemerintah legasi penjajah! Sistem korupsi ini hanya boleh diubah setelah tumbangnya Umno!
ABU adalah jawapan, ABU adalah jalan penyelesaian, Ayuh selesaikan UMNO!!
Ingat, anak muda harus turun ke medan pertembungan tanpa memilih apa jua alasan. Anak muda menjengah massa mencari ruang menyertai perlawanan, bukan menyusut di sebalik tembok, billboard mahupun kain rentang, apalagi melarikan diri ke jalan raja laut ketika anak muda lain sedang berperang. Anak muda menolak perilaku berbaju batik mengejar ke'YB'an.
Apa yang berlaku dalam sidang media di Melaka petang tadi tidak kita sesalkan. Biarlah puak yang bertindak mengunci bilik gerakan yang sepatutnya menjadi venue sidang media bagi negeri Melaka, hanya kerana nama pejabat keADILan. Sidang media di Melaka tetap berlangsung walaupun pejabat itu dikunci secara mengejut. Biarlah habuk terus menjadi habuk, yang berbatik biarlah terus berbatik, yang mahu jadi YB juga sila teruskan, jangan pula ponteng parlimen jika dah diangkat jadi wakil rakyat kelak. Urusan kita anak muda lebih progresif dan ada agenda lebih besar - memusnahkan Umno tidak kira apa jua kos dan bayarannya.
Ayuh SAMM terus mara ke hadapan. 9 Disember adalah semboyan permulaan, 15 Disember pula sedia menanti untuk digendang hebat. Selangkah kita ke depan tidak mahu tidak, membuang segala pilihan selain dari terus melawan!! Anak muda SAMM telah buktikan, adalah bukan sahaja anak muda yang boleh diharapkan, seterusnya menjadi anak muda yang sedia berjuang bila-bila masa, sedia melawan gerombolan di mana sahaja demi rakyat dan anak bangsa.
Sekarang masa untuk fokus hari besar 15 Disember!
Keras lawan Keras, api lawan API !!
EDYES
Pengarah Propaganda SAMM
No comments:
Post a Comment