Thursday, 15 December 2011

Selak Kain Ada Chalet Pula?


BTJ tidak tahu akan kesahihan tentang pendedahan ini. BTJ cuma majukan sahaja untuk pengetahuan anda semua. Tugas anda semua pula adalah mencari kesahihannya. Inilah pendedahan yang BTJ dapat di blog Milosuam. Semua boleh membacanya di bawah.

BARANGKALI ramai yang tak tahu bahawa Menteri yang terpalit dengan skandal RM250 juta lembu NFC (sebut National Family Corruption), Shahrizat Jalil memiliki sebuah Chalet mewah di Janda Baik [Twitter Shahrizat].


Rupa-rupanya Cempakasari yang tersergam indah bagikan istana di Janda Baik ini dimiliki oleh keluarga tokey lembu NFC (National Family Corruption).

Bungalow dan Chalet mewah terletak di Janda Baik ini terbongkar apabila beliau sendiri yang membongkarkannya di Twitter [Twitter].


ReJaM© bersama beberapa orang rakan aktivis berjaya mengambil gambar Chalet tersebut. Difahamkan, Cempakasari yang bernilai jutaan ringgit ini dilengkapi perabot jati diimport khas dari Bali.

Buat masa ini kita dedahkan dulu pintu pagar Cempakasari. Kita cabar Shahrizat nafikan bahawa Cempakasari ini dimiliki oleh beliau dan keluarga. Jika beliau berani nafikan kita akan bagi lagi bukti-bukti seterusnya. Pendedahan lanjut menyusul.


Untuk lebih kepastian, sila klik link di bawah.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/bongkar-chalet-mewah-cempakasari-milik.html#ixzz1gbE1aEIn

No comments: