Thursday, 1 December 2011

Lynas Tidak Perlu Ikut Prosedur Tapi Batalkan Terus!

Sinaran Hairan: Lynas perlu ikut prosedur

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mahu Lynas Corporation Ltd mematuhi peraturan ditetapkan sebelum lesen pra operasi kilang itu dike­luarkan.

Peraturan itu bagi membolehkan rakyat yakin bahawa tidak ada isu keselamatan dan kesihatan berhubung pembinaan kilang Lynas di Gebeng.

Ketua Setiausaha Miti, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria berkata, pihaknya akan memberi fokus kepada isu berkaitan keselamatan berkaitan kemudahan fizikal memproses nadir bumi di tapak kilang tersebut.

Menurutnya, mereka akan mengambil masa seperti mana dijadualkan mereka sendiri dan bukannya ditentukan pihak lain sebelum meneliti aspek keselamatan terutama masyarakat setempat.

“Kami akan terus memantau keadaan semasa bagi memastikan standard keselamatan dipatuhi Lynas.

“Justeru, kilang ini hanya akan beroperasi selepas kami berpuas hati dengan segala langkah keselamatan yang diambil selain terus memberi penerangan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat sempena lawatan ke tapak kilang Lynas di Gebeng.

Hadir sama, Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Marshal Ahmad dan Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan.

Sementara itu, Raja Abdul Aziz berkata, pihak­nya akan mengambil masa tujuh bulan untuk meneliti dokumen diserahkan Lynas Corporation mengenai operasi kilang itu.

Menurutnya, dokumen terbaru diterimanya adalah sebulan lepas dan penelitian akan dijalankan sehingga mereka berpuas hati dan setiap aspek keselamatan dipatuhi.

Bagaimanapun, jika terdapat perkara yang masih tidak lengkap dalam dokumen tersebut, mereka perlu melengkapkan semula dokumen sehingga AELB puas hati.

“Kita tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan dan kesihatan orang ramai. Justeru, banyak prosedur perlu dipatuhi Lynas sebelum mereka mendapat lesen pra operasi untuk tempoh dua tahun.

P/s: BTJ ada 2 soalan:- 
  1. Mengapa projek ini hendak juga diteruskan walaupun telah berlaku bantahan?
  2. Mengapa ada pihak yang sanggup untuk memantau supaya projek Lynas ini adapat diteruskan?
Awas, pemantauan dan sebagainya ini adalah ikhtiar atau usaha untuk meneruskan projek ini!
Awas, pemantauan dan sebagainya ini adalah bagi memastikan ia dapat beroperasi!
Awas, pemantauan dan sebagainya ini adalah bagi meredakan bantahan!
Awas, pemantauan dan sebagainya ini adalah memesongkan perhatian rakyat!

Tolak Lynas!


No comments: