Wednesday, 7 December 2011

Moga Kisah Penarikan Penggunaan Dakwat Kekal 2008 Tidak Berulang

Sinaran Hairan: Dakwat kekal: Harap jadi kenyataan

SHAH ALAM - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta berharap penggunaannya akan direalisasikan.

Timbalan Ketua, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, DPPWP berpendapat, penggunaan dakwat kekal amat relevan dan perlu digunakan sekarang.

Menurutnya, pelbagai isu berlaku menimbulkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia seperti pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan, kad pengenalan bertindih atau klon, pengundi dari kalangan warganegara asing dan pengundi yang sudah mati kembali turun mengundi.

“SPR tidak perlu berlengah masa untuk melaksanakan sistem ini kerana ia tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.”

“Penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, DPPWP meminta SPR membersihkan segera senarai daftar pemilih seperti diumumkan SPR semalam.

Katanya, adalah menjadi hasrat seluruh rakyat mahukan PRU13 yang terbaik dan paling bersih dalam sejarah.

Sehubungan itu, beliau menambah, SPR perlu bersikap adil pada semua pihak tanpa membezakan antara parti pemerintah mahupun pembangkang.

“SPR perlu membuktikan PRU13 adalah pilihanraya yang adil dan telus serta boleh dipercayai bukan sahaja terhadap warga tempatan malah terhadap masyarakat antarabangsa.”

“Semua ini perlukan pengorbanan dan kejujuran, kerana keadilan tidak boleh ditegakkan pada sebuah sistem korup, pincang dan penuh unsur penipuan,” katanya.

P/s: Harap Pnegerusi SPR tak jadi Chipsmore, kejap boleh kejap tak boleh!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

JIka ini sudah diumumkan, maka sekalian rakyat perlu bersiap sedia untuk PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

BERSIH 3.0 Mahu Lagi 7 Tuntutan Dilaksanakan!


No comments: