Mkini: Kami mangsa sebenar, dakwa AirAsia
AirAsia hari ini mendakwa syarikat penerbangan tambang rendah itu adalah ‘mangsa’ dalam pertelingkahan dengan Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB) berhubung pembinaan terminal kos rendah yang baharu (KLIA2).
“Kami adalah mangsa sebenar... kami di bawah ehsan MAHB, pihak yang membina lapangan terbang itu,” kata pengarah komersialnya Jasmine Lee.
Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di Sepang, Lee berkata MAHB gagal berunding dengan AirAsia sebelum membina terminal baru itu.
Menceritakan apa yang terjadi, katanya, MAHB dipertanggungjawab membina KLIA2 pada April 2008, dan sepatutnya membentuk sebuah jawatankuasa bersama dengan AirAsia yang bakal menjadi penghuni utama terminal itu. Tindakan itu bagi membiuncangkan tentang rekabentuk, perancangan dan keperluan operasi AirAsia.
Malangnya, kata Lee, tiada jawatankuasa yang dibentuk dan tiada perancangan bersama dijalankan. Sebaliknya MAHB meneruskan projek itu secara unilateral dan dengan corak mereka sendiri.
P/s: Woit!! Mangsa sebenar rakyat la!
Dah berapa banyak wang rakyat habis kena belasah!
Korang kapitalis, lepas tekak sendiri rakyat melara!
Siapa yang pegang saham Air Asia? Siapa CEO Air Asia X?
Apa kaitan Air Asia dengan kerugian yang MAS tanggung?
Jadi mangsa konon! Boleh blah!
Air Asia Mungkin Jadi Penaja BERSIH 3.0?
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!
No comments:
Post a Comment