Mkini: Saluran baru, berita tv WBC ke udara April ini
Worldview Broadcasting Channel (WBC), satu saluran berita televisyen tempatan baharu yang akan memulakan operasi April tahun depan kini membuat siaran ujian di Lembah Klang sejak 1 Dis lalu.
Menurut satu kenyataan Worldview Broadcasting Channel (M) Sdn Bhd, ujian siaran itu adalah dari pukul 7 petang hingga 10 malam dan boleh diikuti menerusi frekunesi UHF Saluran 39 pada 615.25 megahertz dengan siaran program majalah serta dokumentari tempatan dan asing.
Kandungan utama stesen televisyen itu adalah 70 peratus liputan berita antarabangsa manakala bakinya adalah pelbagai program meliputi hal ehwal semasa dan dokumentari.
"Penonton WBC boleh mengikuti laporan berita yang disiarkan secara langsung dari beberapa lokasi di seluruh dunia yang disampaikan mengikuti perspektif Malaysia dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Arab," demikian menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut pendekatan WBC untuk mempelbagaikan sumber berita menerusi kerjasama dengan stesen televisyen berita dan hal ehwal semasa seluruh dunia akan memberikan penonton pengalaman baru menonton siaran berita.
Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.wbcchannel.tv, menurut kenyataan itu.

P/s: Ini stesen TV berita yang baru, mari tonton ramai-ramai.
Harap-harap tak jadi cam TV3!
Harap-harap tak mencontohi TV3!
Harap-harap tak menipu cam TV3!
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!
Jangan lantik wartawan cam wartawan TV3!
Wartawan yang dah karam dapat Dato' plak!
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!
Jangan jadi lidah kepada kerajaan je, tapi jadi lidah kepada rakyat juga!
Berfungsi sebagai penyalur maklumat yan benar!
Berfungsi sebagai ejen pendidik kepada masyarakat!
Siarkan Liputan Penuh & Telus BERSIH 3.0!
No comments:
Post a Comment